DUWEET

Jom Buat Duit

Bagaimana Perkataan Dapat Menukar Cara Berfikir ?

Bagaimana Perkataan Dapat Menukar Cara Berfikir ?

BAGAIMANA PERKATAAN DAPAT MENUKAR CARA BERFIKIR

Jim Rohn adalah entrepreneur, penulis dan seorang motivator. Dia adalah life coach kepada Mark Hughes, Founder Herbalife International dan Tony Robbins, pelatih sukses terkenal dunia.

Satu hari dalam rancangan Talk Show, Jim Rohn disoal.

“Jim, boleh ceritakan apa masalah yang kamu ada sekarang?”

Jim ketawa. Dia sebut “ i don’t have problems. I have puzzles.”

Pengacara tersentak dan terdiam. Seolah terpukul dengan jawapan dari Jim.

Perkataan yang kita guna pengaruhi cara fikir, emosi dan daya tindak.

Apabila Jim Rohn sebut I HAVE PUZZLES, dia beri gambaran bahawa isu yang dihadapi ada cara selesaikannya. Kalau kita tidak tahu. Orang lain tahu.

I HAVE PUZZLES tukarkan dari mentaliti negatif, lemah kepada semangat mahu selesaikan sesuatu. Sudahkan puzzle.

Cuba kenalpasti perkataan apa yang acap kita guna. Apakah I HAVE PROBLEMS atau I HAVE PUZZLES?

Leave a Reply

%d bloggers like this: