DUWEET

Jom Buat Duit

Bantuan Kecemasan Syria Care Musim Sejuk Salji 2019

Bantuan Kecemasan Syria Care Musim Sejuk Salji 2019

Aku baru sahaja tiba di kem itu untuk agihan bahan bantuan. Justeru ramai yang keluar menyambut kami. Baru beberapa langkah meredah salji tebal setelah mendaki gunung untuk sampai di sini kami didatangi seorang lelaki dan anaknya. Mataku terus melihat kaki kanak-kanak itu yang bukan sahaja tidak berkasut tetapi tidak berstokin pun!

Terus ku pegang kakinya. Kuusap-usap dan kugosok-gosok. Niatku satu ingin memanaskan kakinya yang terdedah kepada udara yang sangat sejuk hingga terasa ke tulang yang paling dalam. Air mataku mengalir deras tanpa dapat kusekat. Dingin terasa di pipi kerana angin sejuk bersama salji yang sedang turun datang menyapa.

Kakinya keras membeku. Ya Allah…aku memakai 3 lapis stokin beserta kasut but yang besar dan tebal. Namun anak kecil ini berkaki ayam dan hanya memakai jeket nipis menutupi tubuhnya yang kecil.

Andai kumampu inginku bekalkan baginya dan semua anak-anak di daerah ini pakaian tebal yang selayaknya untuk cuaca begini. Tetapi kemampuanku terbatas.

Malam itu sebelum melelapkan mata fikiranku melayang kepada anak kecil itu dan ribuan sepertinya. Air mataku sekali lagi deras turun menemani tidurku…

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 8.0
(Bantuan Kecemasan Arsal)

Kem Ra’sus Sin,
Arsal,Lubnan.
16/1/2019

——————————–

Segala sumbangan boleh disalur ke akaun Syria Care:
🏧 Maybank: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
🏧 RHB Bank: 26225000021775
🏧 Affin Islamic Bank: 105990040004

Sumbangan atas talian:
👉 http://www.syriacare.org.my/ms/donate/

Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi kami di talian 011 2880 9820.
Jazakumullahu khairan jaza’

Leave a Reply

%d bloggers like this: