DUWEET

Jom Buat Duit

BDIG dan Grow Asia Capital Scam Terbaru ?

BDIG dan Grow Asia Capital Scam Terbaru ?

Selama 2 tahun lebih bermaustatin di Sabah ni. Macam macam jenis scam orang tanya saya. Yang terbaru BDIG dan Grow Asia Capital.

BDIG dah keluar alert oleh bank negara. Grow Asia ni saya tak pasti. Mungkin baru ataupun tak berapa famous lagi.

Bila bercerita pasal pelaburan ni, boleh periksa dahulu checklist Ni:

High Risk High Return.

Skim pelaburan ala-ala skim cepat kaya, sememangnya High Risk. Risiko hilang duit, risiko diserbu, risiko syarikat lari, dan risiko mcm2 lagi.

Too good to be true.

Pelaburan terlalu bagus seperti jaminan modal tak hilang, jaminan beli balik pada harga asal, dividen 3.5% sehari, sebulan 105%. Setahun? 1,250%… Wow!!!

Jika ada unsur sebegini, selidiklah terlebih dahulu di Bank Negara atau Security Commission. Semak dahulu.

Jangan nafsu tamak haloba menguasai kewarasan. Bila dh periksa, barulah buat keputusan. Masalah terjadi bila ramai ramai yg kena TAK periksa dulu dgn pakar dan pihak berwajib.

Kalau betul wujud pelaburan yang untung macam ni. Tak perlu susah susah KWSP, ASB, Tabung Haji dan sebagainya melabur di Bursa Malaysia. Masuk skim je dah cukup..

Adli Ishak

Leave a Reply

%d bloggers like this: