DUWEET

Jom Buat Duit

Israel Di Serang Banyak Negara ?

Israel Di Serang Banyak Negara ?

Israel Di Serang Dari 4 Juru
By Ahmad Miptahul Palah Maret 09, 2019 3 Comments

ISRAEL KINI SASARAN UTAMA!

Israel sudah semakin tertekan. Sudah semakin banyak negara berani menyerang Israel. Terkini Lubnan bekerjasama dengan tentera Hezbollah iran menggali 6 terowong bawah tanah dari Lubnan untuk menyerang Israel.

Tentera Hamas palestine pula telah melancarkan lebih 400 roket dari semenanjung Gaza ke Israel menyebabkan lebih 50 orang rakyat Israel mati dan beratus orang lagi cedera. Iron dome Israel tidak mampu menangkis sebegitu banyak roket seperti sekumpulan burung berterbangan di udara.

Tentera revolution Guard Iran pula menyerang berpuluh-puluh roket MLRS dari sempadan Syria ke bukit Golan Israel. Ini menyebabkan kemusnahan besar penempatan rakyat Israel di bukit Golan. Rakyat Israel berpindah melarikan diri dari bukit golan.

Manakala tentera Syria pula melancarkan missile menyerang dan meletupkan Airport Ben Gurion Tel Aviv Israel. Semua jadual penerbangan awam Israel tergendala dan ditangguhkan. Ini menyebabkan kerugian sumber ekonomi yang teruk kepada Israel.

Russia tetap dengan pendiriannya akan melindungi Syria dari serangan Israel. Russia akan membekalkan lebih banyak missile pertahanan udara kepada Syria.

Mesir akan menutup selat Aqaba laut merah selatan Israel jika peperangan sekutu Iran dengan Israel berlanjutan. Ini akan menyebabkan bekalan import makanan jalan laut ke Israel akan tersekat.

Israel meminta bantuan PBB agar campur-tangan dalam konflik perang baru kebangkitan sekutu negara baru berpakat untuk membuli dan berniat untuk memusnahkan Israel.

Kredit : Petanda peperangan besar Gog dan Magog sudah bermula. Israel sudah mula diserang dari setiap sudut. Arah barat oleh Hamas Palestine, Utara oleh Lubnan, Timur oleh Syria, Russia dan Iran. Hanya tinggal selatan masih belum di serang. Akan sampai masanya tidak ada tempat dan sebatang pokok pun dapat melindungi rakyat Israel dari serangan bom..

AMMAN/BAITULMAQDIS: Pasukan pertahanan udara Syria menembak jatuh sebuah pesawat perang Israel dan empat peluru berpandu semalam, kata agensi berita Russia, RIA, memetik sumber keselamatan Damsyik, namun tentera Israel mendakwa laporan itu palsu.

Sumber berkata, peluru berpandu itu disasarkan di bandar Kiswah, selatan ibu kota Damsyik, ditembak sebelum sampai ke sasaran dikatakan sumber pembangkang Syria, kubu kuat Hizbullah, disokong Iran.

Kawasan di mana insiden berlaku adalah hab komunikasi dan logistik Hizbullah untuk selatan Syria berhampiran sempadan Israel, menurut dua sumber perisikan serantau kanan.

Antara sasaran yang terkena adalah dua briged tentera Syria yang turut menempatkan Hizbullah bersama depoh roket hampir ke pangkalannya berhampiran sempadan dengan Lubnan, kata seorang penentang tentera Syria yang berhubung dengan kakitangan tentera.

Tidak seperti kejadian sebelum ini, pihak berkuasa Syria tidak menyalahkan Israel.

Israel bimbang, kehadiran meningkat Iran di Syria memberi ancaman kepada keselamatannya dan menyerang berpuluh kedudukan Iran dan pihak disokong Iran di Syria sepanjang tempoh konflik tujuh tahun.

Terdahulu, jet pejuang Israel mengebom beberapa kawasan berhampiran Damsyik serta selatan Syria, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) semalam.

“Tentera Israel mengebom kedudukan di selatan dan barat daya pinggir Damsyik serta di selatan Syria di sempadan wilayah Quneitra selama sejam,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyatan di Twitter berkata: “Susulan serangan peluru berpandu darat ke udara Syria, pertahanan udara Israel menyaksikan serangan tunggal ke kawasan terbuka di Bukit Golan.

“Ketika ini, tidak dapat dipastikan jika wujud impak dalam wilayah kami. Tentera kami sedang meninjau kawasan itu. Selanjutnya, laporan mengenai serangan ke atas pesawat Israel atau sasaran udara Israel adalah palsu.” -Reuters

Leave a Reply

%d bloggers like this: