DUWEET

Jom Buat Duit

Kenapa Dunia Tidak Berakhir Pada 2012?

Kenapa Dunia Tidak Berakhir Pada 2012?

Sebelum masuk tahun 2012 dulu, macam2 teori tentang berakhirnya dunia ini pada tahun tersebut.

Ia dikuatkan lg dgn ramalan oleh Nostromodus dan kalendar Maya. Maya adalah satu puak di Central America (Guatemala, Mexico, etc) yang sungguh hebat dalam ilmu cosmos. Dan mengikut ‘ramalan’ puak ni, 2012 adalah tahun di mana berakhirnya dunia ini.

Tapi… kita dah nak masuk 2019, masih juga belum kiamat kan?

Adakah kalendar Maya sebenarnya merepek?

Tidak. Bahkan kalendar Maya adalah antara kalendar yang paling tepat.

Orang Maya guna 2 jenis kalendar : Haab, yakni kalendar berasaskan peredaran matahari, dan Tzolkin, kalendar berasaskan peredaran bulan.

Dalam kehidupan orang2 Maya, semua perkara di dunia ni adalah satu kitaran.

Contohnya matahari akan kembali ke posisi yang sama dlm masa 365 hari. Bulan pula ambil masa 260 hari utk kembali ke posisi asal.

Sebenarnya kalau kita perhatikan kedudukan matahari dan bulan, kedudukan mereka tak pernah sama. Matahari, kadang2 sedikit ke utara, dan sedikit ke selatan. Mengikut bulan. Ni pun sbb kita hidup di Khatulistiwa, perubahan kedudukan matahari tu tak ketara sangat. Kalau kita ke tempat2 di garisan Jadi atau Sartan, memang obvious sangat kedudukan matahari tu pelik betul.

Benda ni dikaji oleh kaum Maya dan ditulis dalam tulisan mereka yang sukar utk ditafsirkan oleh manusia biasa 😂 (tengok gambar, nak tulis nombor 0 pun bercinta kot!).

Dan kaum Maya ni ilmu mereka based on studies. Mereka mengkaji dan mengkaji, sampailah mereka boleh membina kalendar yang sebegitu tepat.

Dan di dalam kalendar Maya, habis sampai tahun 2012 je.

Dan ini ditafsir oleh sesetengah golongan sebagai pengakhiran dunia ini…

Sebenarnya bukan…

Org2 Maya adalah berilmu berdasarkan kajian dan bukti, mereka bukan ahli nujum. 2012 bukan ramalan org Maya bahawa dunia ni akan berakhir, tapi ia menandakan tamatnya satu cycle ‘wheel’ kalendar Maya.

2012 adalah berakhir satu fasa dalam kalendar mereka, dan bermula fasa baru.

Satu kalendar wheel mereka bersamaan dgn 52 tahun Haab. So sekarang ni adalah fasa baru dalam kalendar Maya.

Dan mengikut kajian org Maya kan, semua benda dlm dunia ni adalah satu kitaran. So, apa yang pernah berlaku dulu, akan berlaku lagi. Apa yang berlaku sekarang, pernah berlaku satu masa dulu.

Ia bertepatan dgn teori Cyclical Ibnu Khaldun.

Nostradamus juga dipercayai mengkaji menggunakan teori ni. That’s why ‘prediction’ beliau banyak yang tepat.

So penting kita tahu tentang perkara2 yang telah berlaku, supaya kita boleh prepare utk masa sekarang dan akan datang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: