DUWEET

Jom Buat Duit

Moana Dan Coral Reef Kawasan Terumbu Karang

Moana Dan Coral Reef Kawasan Terumbu Karang

Korang ada yang tgk movie animasi “Moana”? Dalam movie tu, penduduk Motonui dilarang keluar dari lagun ‘coral reef’ atau kawasan terumbu karang di sekeliling pulau tu. mereka cuma boleh menangkap ikan dalam kawasan reef itu saja.

Sempadan reef ni ditanda dgn segaris ombak yang kita nampak di tengah2 laut tu.

Kenapa penduduk Motunui dilarang keluar dari kawasan lagun tu? Sebab laut dalam bermula selepas sempadan reef tu.

Terumbu karang terbesar di dunia adalah Great Barrier Reef di Australia (banyak dah mati, sadiss 😢), diikuti Red Sea Reef.

Tahu tak bahawa negara kita termasuk dalam kumpulan The Coral Triangle yang menjadi rumah kepada lebih 500 spesis batu karang?

Tapi.. sayang sungguh, kita kehilangan hampir separuh dari populasi batu karang seluruh dunia. Semuanya kerana aktiviti kita yang pentingkan poket sendiri, tak fikir kelestarian bumi utk anak cucu.

Sesimple2 usaha kita boleh buat, didik anak2 buang sampah di tempatnya, recycle, gunakan produk mesra Bumi (Fresh Laundy misalnya).

Kalau nak bawa anak2 bercuti sambil beraktiviti dgn batu karang, salah satu tempat boleh bawa ialah The Andaman, Langkawi. Banyak sangat aktiviti melibatkan alam semulajadi. Hotel ni menghadap The Andaman Reef, dan The Andaman sendiri mengambil bahagian dalam coral conservation terutama selepas kejadian tsunami 2004.

Jaga bumi kita ni ya… anak2 kita kecil lagi.

Leave a Reply

%d bloggers like this: