DUWEET

Jom Buat Duit

Neon Event Pesta Haram Jadah ?

Neon Event Pesta Haram Jadah ?

Malam ni akan berlangsungnya satu pesta haram jadah dekat Port Dickson yang dinamakan sebagai Neon Event. Neon Event ni memang cukup dikenali dalam kalangan kaki-kaki club.

Dulu tahun 2014 kalau kau ingat ada kes 5 remaja mati overdose dalam 1 konsert dekat Bukit Jalil, konsert tu serupa macam ni jugak lah kalau kau nak tau. Dan yang mati tu pun spesis-spesis ni jugak lah.

Cukup-cukup lah tu, dunia ni dah sampai dekat penghujung kot. kita semua selamat dari musibah selama ni pun entah-entah berkat doa orang-orang alim. Kalau tak entah jadi apa lah kita ni agaknya.

Belajar lah dari apa yang dah berlaku dekat negara-negara jiran sana. Tak kan nak tunggu Tsunami dah hempas pantai PD tu baru kau nak sedar?

Nanti kalau Allah dah turunkan bala, bukan puak-puak kau je yang kena. Event tu dah lah dekat dengan rumah orang.

Fikir-fikir lah sikit. Jangan ikut sedap kepala kau je. Esok lusa dah mati tau pulak tu nak orang uruskan jenazah kau ikut cara Islam, padahal masa hidup perangai sebiji macam kapir.

Yang pergi ni pun rata-rata bukannya datang dari family yang gaya hidup dia macam mat salleh, ada yang datang dari kampung, felda, rumah flat. Mak ayah dekat kampung makan ubi kayu dengan sambal belacan, kau dekat KL acah-acah anak dato.

Lagi pun apa yang sedap sangat konsert yang kau duk hurung ni? Takat main muzik je pun, bukannya ada nyanyi pape lagu.

Cuba kau bagi tau Amran apa yang buat muzik tu jadi sedap?

Alaa malu-malu pulak. Jadi sedap sebab dah pekena dadah kan?

Jangan nak membongak lah, manusia normal tak kan boleh masuk muzik-muzik macam tu dalam kepala dia melainkan bawah pengaruh dadah.

Harap-harap pihak berwajib pantau lah event tak bermoral ni nanti.

Kalau takut sangat nak kacau event ni, harap esok pihak polis boleh buat roadblock besar-besaran dekat jalan nak keluar event tu. Buat urine test sekor-sekor dekat sesapa yang lalu. Mana yang positif dadah atau bawah pengaruh alkohol tu seret terus bawak ke balai. Sebab ni semua boleh jadi punca orang lain hilang nyawa.

Yang penting Amran dapat info, dalam event ni nanti memang akan ada tokan dadah atau pil khayal. Kalau esok tak ada sebarang tangkapan atau pihak polis kata semua pengunjung tu clear, memang tak tau lah Amran nak kata apa.

Ni Amran sertakan sekali gambar Neon Countdown yang berlangsung dekat Sunway Lagoon beberapa bulan lepas, kau rasa kalau gaya macam ni semua air kencing clear ke tak?

So sanggup ke korang nak biarkan event maksiat macam ni berlaku lagi? #PKPKKNLH #PTPTNXJADIMANSUH

Leave a Reply

%d bloggers like this: