DUWEET

Jom Buat Duit

PM New Zealand Sangat Profesional Respect Orang

PM New Zealand Sangat Profesional Respect Orang

PM New Zealand sangat profesional!
.
Setelah serangan pengganas yang mengorbankan nyawa puluhan muslim di sana, Jacinta Ardern telah buat 2 kali press conference (PC).
.
Ketika PC yang pertama, beliau belum dapat maklumat yang menyeluruh. Jadi, beliau tak kondem sesiapapun dalam hal ini.
.
Dalam PC yang kedua, ternyata beliau telah memperoleh info dari pihak berkuasa. Beliau terus sebut serangan berkenaan dilakukan oleh terrorist. Beliau minta rakyat New Zealand tolak fahaman ini.
.
Katanya lagi, negaranya juga tidak boleh menghalau pendatang kerana mereka datang ke New Zealand untuk berlindung.
.
Beliau tambah lagi, negara kiwi berkenaan menjadi fokus serangan kerana meraikan kepelbagaian dan menolak rasis. Mereka memiliki 100 lebih bahasa, hidup harmoni, meraikan perbezaan budaya dan adat secara matang.
.
Bila beliau sebut semua ini, teringat pula dengan Waytha Moorthy. Berbeza betul Menteri Perpaduan kita ni handle kes. Awal-awal lagi dah salahkan pihak polis. Akhirnya mengorbankan anggota bomba yang kita sayangi, Allahyarham Adib.
.
Apa-apapun, kita wajib tolak keganasan, walau si pelaku beragama apa sekalipun. Semoga Allah masukkan rakan-rakan kita ke syurga dan diangkat sebagai syuhada. Amin.
.
Kredit sepenuhnya diberikan kepada Akhi Fairuz Al-Jengkawi di atas penulisannya. Tiada apa yang mahu saya tambah kerana mesej dah cukup jelas.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #christchurchattack #newzealandmosqueshooting #newzealandmosqueattack

Leave a Reply

%d bloggers like this: